running text

SK Tasek Utara Johor Bahru, Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor. Tel : 07-2365636 Faks : 07-2363858


Pengikut Blog

23 January 2016

RAKAMAN PENGGAMBARAN PROGRAM BERSAMAMU

Pada 20 Januari 2016 SK Tasek Utara telah menerima kunjungan daripada krew-krew TV3 bagi merakam penggambaran program tv Bersamamu yang disiarkan setiap hari Isnin jam  9.30 malam. Adik Mohd Anwar Bin Norjasmany dari Tahun 6 Amal telah terpilih untuk dikongsikan kisah kesusahan hidup beliau dan keluarga. 

Adik Anwar merupakan anak bongsu daripada 6 beradik dan dijaga oleh ibunya ,Puan Masrah Bt Suleiman yang merupakan ibu tunggal. Beliau menyara anak-anak dengan hanya berniaga kuih dan nasi lemak. 

Kesusahan hidup adik Anwar telah membuka mata krew produksi Bersamamu bagi menceritakan kisah perjalanan hidup beliau yang menempuh pelbagai kesusahan bagi meneruskan kehidupan.


Kedatangan krew seawal jam 10.30 pagi disambut baik oleh warga sekolah dan proses PdP adik Anwar di dalam kelas 6 Amal dirakam oleh krew TV3.












Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terkibat secara langsung atau tidak lagsung sepanjang penggambaran program Bersamamu dijalankan. Semoga usaha membantu murid daripada kalangan keluarga susah ini diredhai Allah S.W,T,



No comments:

Post a Comment