running text

SK Tasek Utara Johor Bahru, Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor. Tel : 07-2365636 Faks : 07-2363858


Pengikut Blog

24 October 2011

PROGRAM RAKAMAN ASTRO CLEVER

TARIKH  :  22 OKTOBER 2011
TEMPAT : DEWAN SK BANDAR UDA2

Rakaman Program Astro "Clever" telah berlangsung di Dewan SK Bandar Uda 2 bermula sekitar  10.00 pagi sehingga kira-kira 2.oo petang. Pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan Action Song, Koir, Tarian Tradisional dan aktiviti sains di beberapa gerai yang telah disediakan. Acara utama yang diadakan adalah Pertandingan Mini Clever 2011 yang menemukan pasukan tuan rumah ; SK Bandar Uda 2 dengan pasukan pencabar ; SK Tasek Utara. Pasukan SKTU dengan gandingan mantap Nurulhusna Najihah, Syarifah Syahidah, Amirul Hafez, Krisanth dan Muhamad Adib Hannan berjaya mengatasi pasukan SKBU2 dengan kelebihan 2 mata dan seterusnya muncul sebagai Juara Mini Clever 2011 Karnival Astro TVIQ. Tahniah kepada Pasukan SKTU!




21 October 2011

XPLORACE & KONVENSYEN DOKTOR MUDA, JOHOR BAHRU 2011

TARIKH  : 20 OKTOBER 2011 (KHAMIS)
TEMPAT : SK KOTA MASAI 2, PASIR GUDANG

Aktiviti Xplorace dan Konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah Johor Bahru yang diadakan di SK Kota Masai 2, Pasir Gudang adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dan Pejabat Pelajaran Pasir Gudang. Aktiviti ini disertai 21 buah sekolah di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang. SKTU telah menghantar pasukan doktor muda seramai lima orang untuk menyertai aktiviti pada hari tersebut yang diiringi oleh Pn. Nor Wati dan En. Loneo. 


18 October 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL

TARIKH :  17 OKTOBER 2011
HARI      :   ISNIN

Sebuah majlis ringkas penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara sepanjang bulan kemerdekaan, minggu keusahawanan dan karnival Kemahiran Hidup telah diadakan semasa perhimpunan minguan pada hari Isnin, 17 Oktober 2011 di tapak perhimpunan SKTU. Ucapan tahniah juga kepada pasukan tarian Gemalai Tari(GT) SKTU setelah muncul sebagai pasukan persembahan terbaik dalam Konsert Jaringan Muzik anjuran Unit Muzik dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ke-46 IPG Kampus Temenggung Ibrahim. Tahniah kepada semua yang berjaya meraih kemenangan dalam semua aktiviti yang disertai.

    


17 October 2011

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9-SEBELAH BAWAH 11 TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU

TARIKH  : 14 - 15 OKTOBER 2011 (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT : PADANG STAR1

Pertandingan Bola Sepak 9-Sebelah Bawah 11 Tahun, Daerah Johor Bahru anjuran SK Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR1) telah diadakan di padang STAR1 pada 14 dan 15 Oktober 2011. SKTU telah menghantar dua pasukan yang dibimbing oleh En. Azizul Aziz dan En. Loneo Skireo. Walaupun kedua-dua pasukan masih lagi mentah, pasukan Tasek A berjaya mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas. Pasukan Tasek B pula kurang bernasib baik dalam peringkat kumpulan apabila tewas 0-1 dalam perlawanan penentuan untuk ke peringkat suku akhir. Jurulatih pasukan Tasek berkata beliau berpuas hati dengan pendedahan yang diterima oleh pemain-pemain beliau dan perlawanan ini membolehkan beliau melihat keupayaan pemain Tasek dalam usaha membentuk pasukan yang lebih mantap bagi tahun hadapan.

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL KEMAHIRAN HIDUP DAERAH JOHOR BAHRU

TARIKH  : 15 OKTOBER 2011
TEMPAT : PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHRU

Majlis Penutupan Rasmi Karnival Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru telah diadakan untuk menandakan tamatnya Karnival Kemahiran Hidup yang telah berlangsung sepanjang minggu. Penyertaan SKTU berjaya membawa pulang beberapa hadiah. Antaranya adalah hasil rekacipta beg kain ciptaan Nor Asmida Ayumi bt Abdullah dan Anis Suraya bt Zamiri yang muncul sebagai johan dalam Pertandingan Rekacipta Jahitan. Mohd Adib Hannan bin Aziz dan Abdul Naqeeb b Zulkifli pula berjaya mendapat saguhati di tempat ke-10 dalam Pertandingan Rekacipta Elektronik dengan hasil rekacipta Dadu Elektronik. Tahniah kepada semua pemenang dan guru.


MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

TARIKH : 14 OKTOBER 2011
HARI      : JUMAAT