running text

SK Tasek Utara Johor Bahru, Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor. Tel : 07-2365636 Faks : 07-2363858


Pengikut Blog

26 April 2015

BENGKEL MEMBINA SLAID POWERPOINT TAHUN 3


Sempena Minggu Panitia Sains dan Matematik, panitia Sains dengan kerjasama Unit ICt telah mengadakan Bengkel Membina Slaid Powerpoint bagi murid tahun 3. Murid dikehendaki membina slaid powerpoint secara berpasangan tentang topik "Ciri -Ciri Haiwan".


Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menggalakkan murid meneroka perkembangan teknologi ICT, memantapkan kemahiran murid dalam membina slaid powerpoint bagi kemahiran TMK dan meningkatkan minat murid terhadap ICT.









Perasmian Minggu Sains Dan Matematik 2015


Pada 26 April yang lalu, SK Tasek Utara telah mengadakan perasmian Minggu Sains Dan Matematik 2015. Beberapa aktiviti akan dijalankan sempena minggu tersebut antaranya sifir matematik, kuiz matematik dan sains, bengkel membina persembahan powerpoint dan lain-lain lagi.


Gimik perasmian menggunakan ais kering





Persembahan pembukaan dari Murid 3 Amal




22 April 2015

Ceramah Kerjaya Polis dan Ceramah Motivasi



Pada 22 April lalu, SK Tasek Utara menerima kunjungan daripada beberapa orang pegawai dari Balai Polis Larkin bagi memberikan Ceramah Kerjaya kepada murid-murid. Ceramah disampaikan oleh SM Mohd Rawi.



Tujuan ceramah kerjaya diadakan adalah untuk memberikan serba sedikit pendedahan mengenai kerjaya sebagai pegawai polis.










Penceramah menunjukkan peralatan bagi ujian saringan air kencing








Ceramah oleh Tn Hj Saiful Lizan Bin Suparman drp IPG Kampus Temenggung Ibrahim






21 April 2015

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Zon Bandar Johor Bahru





Sekolah Tasek Utara telah menghantar empat orang wakil dari Pendidikan Khas bagi menyertai kejohanan olahraga Pendidikan Khas peringkat zon bandar Johor Bahru. Kejohanan ini diadakan di SMK Taman Sutera, JB.
Para peserta dan guru pengiring, Pn Zila



                 











Tahniah kepada semua peserta Pendidikan Khas yang berjaya menyertai kejohanan dengan jayanya.



20 April 2015

Perkhemahan Di Gunung Belumut, Kluang


Perkhemahan diadakan di Gunung Belumut, Kluang dengan disertai oleh murid-murid tahun 4, 5 dan 6 dan beberapa orang guru pengiring.




Tapak perkhemahan




Penginapan guru-guru pengiring





Jungle trekking








Aktiviti kerohanian






Tahniah kepada semua peserta perkhemahan yang berjaya mengikuti semua aktiviti dengan jayanya! Diharapkan agar semua peserta berjaya mengutip 1001 pengalaman yang sangat berharga ini.

Majlis Perpisahan Staf dan Sambutan Hari Lahir



Majlis Perpisahan sempena pertukaran Pembantu Guru Pendidikan Khas iaitu Cik Liyana Binti Huzir yang dapat bertukar ke sekolah baru di daerah Pasir Gudang. 
Ucapan perpisahan daripada Cik Liyana Huzir






Cik Liyana menerima cenderahati daripada wakil sekolah




Serangkap pantun untuk Cik Liyana Huzir...
Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

sambutan hari lahir guru dan staf bagi bulan Mac








Selamat Hari Lahir buat guru-guru dan staf! Semoga panjang umur dan dirahmati Allah.:)

16 April 2015

Pekbori Gangsa 2015



Pada 16-18 April 2015, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Pekbori Gangsa bertempat di SK Kompleks Uda. Sek.Keb Tasek Utara telah menghantar seramai enam orang wakil pengakap bagi menyertai pekhemahan selama tiga hari tersebut.

Peserta mendirikan khemah dibantu oleh guru pengiring
Add caption










Majlis penyerahan lencana emas dan gangsa kepada peserta


Tahniah kepada semua peserta Kem Pekbori Gangsa kerana telah berjaya memperoleh lencana serta sijil penyertaan dengan jayanya.

15 April 2015

TEMASYA BALAPAN DAN PADANG KALI KE-10, 2015


TARIKH : 15 APRIL 2015
TEMPAT : PADANG SEKOLAH



SEBELUM TEMASYA :

Guru rumah sukan membuat persiapan khemah rumah sukan masing-masing






SEMASA TEMASYA : 

Perbarisan rumah kuning dengan tema pasukan bola sepak Pahang



Perbarisan rumah biru dengan tema pasukan bola sepak JDT







Perbarisan rumah hijau dengan tema Pasukan Bola Sepak Kedah


Pasukan perbarisan rumah merah dengan tema Pasukan Bola Sepak Kelantan



Persembahan senamrobik murid-murid tahun 1,2 dan 3







Persembahan taekwando






























































Tahniah diucapkan kepada semua warga SKTU yang bertungkus-lumus bagi menjayakan temasya balapan dan padang tahun 2015!