running text

SK Tasek Utara Johor Bahru, Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor. Tel : 07-2365636 Faks : 07-2363858


Pengikut Blog

16 February 2015

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2015



Satu sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 12 Februari yang lepas. Semua warga sekolah mengambil bahagian dalam perarakan dan beberapa aktiviti sempena Maulidur Rasul yang bertemakan Perpaduan Nadi Transformasi Negara.





Perpaduan Nadi Transformasi Negara









Kelas Pendidikan Khas juga turut serta mengambil bahagian dalam perarakan







Bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Fieryal Busaiyyana

Persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah




Forum Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Fathulmunir dan En.Amir Hamzah



Penyampaian hadiah bagi kelas yang memenangi Perarakan Terbaik





Tahniah diucapkan kepada semua warga SKTU yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2015. 


13 February 2015

Kejohanan Olahraga Padang dan Balapan Zon Bandar

Pada 9 dan 12 Februari 2015, SK Tasek Utara telah mengambil bahagian di Kejohanan Olahraga Padang dan Balapan Zon Bandar yang diadakan di SK Maju Jaya dan Stadium Educity, Nusajaya. Berikut adalah keputusan penuh:


JOHAN  
200m Lelaki 12 Tahun
Zihni Mirza bin Syarimi (6 Amal)

NAIB JOHAN 
 100m Lelaki 12 Tahun
Zihni Mirza bin Syarimi (6 Amal)

KEEMPAT 
100m Lelaki 12 Tahun
Mohd Abid bin Mohd Khalil (6 Amal)

KEEMPAT 
100m Perempuan 12 Tahun
Nur Humairah binti Rosni (5 Cekal)

NAIB JOHAN 
4x100m Lelaki 12 Tahun
Zihni Mirza bin Syarimi (6 Amal)
Mohd Abid bin Khalil (6 Amal)
Arham Rahimi bin Zaidi (5 Bakti)
Mukhlis bin Narawi (5 Bakti)
Mohd Izzat bin Mohd Nizam (6 Bakti)
Mohd Izaan bin Abd Rahman (5 Cekal)

KEEMPAT 
4x100m Lelaki 10 Tahun
Zahin Nabil bin Faisal (4 Bakti)
Mohd Asyraf bin Mohd Azian (4 Amal)
Haziq Hafiz bin Sabaruddin (4 Cekal)
Aiman bin Rosni (4 Cekal)
Mujahid bin Narawi (3 Bakti)
Danish Zuhair bin Zaidi (4 Bakti)

KEEMPAT
 4x200m L10
Zahin Nabil bin Faisal (4 Bakti)
Mohd Asyraf bin Mohd Azian (4 Amal)
Haziq Hafiz bin Sabaruddin (4 Cekal)
Aiman bin Rosni (4 Cekal)
Mujahid bin Narawi (3 Bakti)
Danish Zuhair bin Zaidi (4 Bakti)

NAIB JOHAN 
4x100m Perempuan 12 Tahun
Nur Humairah binti Rosni (5 Cekal)
Nur Aisyah binti Mohd Ali (6 Bakti)
Nurul Fatehah binti Mohd Pisar (5 Amal)
Hani Nur Hidayah binti AEP (5 Amal)
Shazwani binti Sharum (6 Cekal)
Ainaa Amira binti Mahsudi (6 Amal)

NAIB JOHAN 
4x200m Perempuan 12 Tahun
Nur Humairah binti Rosni (5 Cekal)
Nur Aisyah binti Mohd Ali (6 Bakti)
Nurul Fatehah binti Mohd Pisar (5 Amal)
Hani Nur Hidayah binti AEP (5 Amal)
Shazwani binti Sharum (6 Cekal)
Juli Hardlyana binti Buhari (6 Cekal)

KEEMPAT 
4x200m Perempuan 10 Tahun
Afiqah binti Ayub (4 Bakti)
Siti Mariam binti Khairul Azhar (4 Bakti)
Sharifah Arifah Nurul Hidayah binti Syed Mahmud (3 Amal)
Nur Syahira binti Saiful Jefri (4 Amal)
Nur Raidah Rasyiqah binti Yussof (4 Bakti)
Cempaka Izzati binti Sabaruddin
















11 February 2015

Selamat Hari Lahir!


Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Guru Besar, Tuan Hj Hashim bin A. Rahman yang jatuh pada hari Isnin, 9 Februari 2015. Turut diraikan ialah Ustaz Fathulmunir bin Mat dan juga En Mohd Amir bin Amzah. Warga Tasek Utara mengucapkan selamat hari lahir kepada yang diraikan, semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan murah rezeki kepada semua.  


08 February 2015

Program Jom Ke Sekolah!


Majlis Pelancaran Program "Jom Ke Sekolah" telah diadakan pada Perhimpuanan Mingguan Sekolah di Dewan Terbuka pada pagi ini. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar, Tuan Hj. Hashim bin A. Rahman dan diiringi oleh Guru Penolong Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Zarina binti Ibrahim. Program ini bertujuan untuk memupuk minat murid-murid untuk hadir ke sekolah dalam meningkatkan peratus kehadiran dan seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan murid-murid SK Tasek Utara. Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan!

Penyampaian Hadiah Pasukan Takraw Sekolah

Pada Perhimpunan Mingguan Sekolah hari ini telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada Pasukan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun SK Tasek Utara yang telah menjadi johan MSS Zon Bandar bagi tahun 2015. Pingat ini telah disampaikan sendiri oleh Guru Besar, Tuan Hj. Hashim bin A. Rahman. Tahniah kepada pemenang.





Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12

Pada hari Sabtu, 7 Februari 2015 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 di Dewan Sri Kencana, SK Tasek Utara Johor Bahru. Majlis dimulakan dengan persembahan Koir daripada Pasukan Koir Sekolah yang dibimbingi oleh Cikgu Nurul Farhanah diikuti dengan persembahan murid di bawah bimbingan Cikgu Roslan.



Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Guru Besar, Tuan Haji Hashim bin A. Rahman dan diikuti dengan ucapan Naib Yang Dipertua PIBG, En. Hashim bin Abu dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12.



Pada majlis ini juga pihak PIBG berbesar hati untuk menganugerahkan hadiah berupa wang tunai, sijil dan piala kepada murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR tahun 2014. Anugerah Bintang Sekolah 2014 dinobatkan kepada Nurul Zakiah binti Mohd Pisar di atas segala kejayaan dan kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan juga sukan sepanjang tahun 2014.





Tahniah diucapkan kepada En Nik Amran bin Nik Mustafa yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG yang baru bagi penggal 2015-2017 menggantikan En Zamri bin Abd Wahab dan Pn Rosziah binti Ali sebagai Naib Yang Dipertua yang baru. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada En Zamri bin Abd Wahab di atas segala jasa dan baktinya dengan penuh komitmen sebagai Yang Dipertua PIBG dan barisan AJK nya selama 2 penggal di SK Tasek Utara. 



Sebelum majlis bersurai, telah diadakan acara cabutan bertuah kepada para hadirin. Tahniah kepada mereka yang bertuah. Semoga kerjasama antara guru dan ibu bapa ini dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid demi mencapai kecemerlangan sekolah.









05 February 2015

Pasukan Sepak Takraw Johan Zon Bandar



TAHNIAH!! Pasukan Sepak Takraw SK Tasek Utara Johor Bahru telah menjadi Johan pada Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 MSS Zon Bandar yang telah diadakan baru-baru ini dan seterusnya akan mewakili Zon Bandar pada peringkat Daerah Johor Bahru. Tahniah kepada semua pemain dan juga jurulatih, Cikgu Hairidzhal serta pengurus pasukan, Ustaz Fathul Munir.

02 February 2015


Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSS Zon Bandar sedang berlangsung di SK Tampoi Utama dan disertai oleh Skuad Sepak Takraw SK Tasek Utara serta diiringi oleh Cikgu Hairidzhal dan Ustaz Fathul Munir. Pada tahun 2014, seorang pemain kita telah berjaya mewakili daerah Johor Bahru ke pertandingan peringkat negeri MSSJ.  Semoga pada tahun ini Skuad Takraw SK Tasek Utara lebih berjaya lagi.

Kejohanan Merentas Desa MSSD Bawah 12 Tahun

Pada 2 Februari 2015, atlet-atlet olahraga SK Tasek Utara telah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Johor Bahru Bawah 12 Tahun di SK Nusantara. Atlet-atlet olahraga ini diiringi oleh Cikgu Shariza dan Cikgu Roslan selaku jurulatih utama olahraga sekolah. Semoga kejayaan milik kita!






01 February 2015

Guru-Guru Baru


Warga SK Tasek Utara mengalu-alukan kedatangan 6 orang guru baru ke sekolah ini. Mereka ialah Encik Azleey bin Ahmad, Puan Nor Afifah binti Zolkapli, Puan Noor Aishah binti Mohd Ramly, Cik Marsiah binti Senin, Cik Nasiha Sakina binti Sukirman dan Cik Nursyazwani binti Tolos. Tahniah kepada semua dan selamat menjalankan tugas!