running text

SK Tasek Utara Johor Bahru, Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor. Tel : 07-2365636 Faks : 07-2363858


Pengikut Blog

08 February 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12

Pada hari Sabtu, 7 Februari 2015 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 di Dewan Sri Kencana, SK Tasek Utara Johor Bahru. Majlis dimulakan dengan persembahan Koir daripada Pasukan Koir Sekolah yang dibimbingi oleh Cikgu Nurul Farhanah diikuti dengan persembahan murid di bawah bimbingan Cikgu Roslan.



Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Guru Besar, Tuan Haji Hashim bin A. Rahman dan diikuti dengan ucapan Naib Yang Dipertua PIBG, En. Hashim bin Abu dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12.



Pada majlis ini juga pihak PIBG berbesar hati untuk menganugerahkan hadiah berupa wang tunai, sijil dan piala kepada murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR tahun 2014. Anugerah Bintang Sekolah 2014 dinobatkan kepada Nurul Zakiah binti Mohd Pisar di atas segala kejayaan dan kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan juga sukan sepanjang tahun 2014.





Tahniah diucapkan kepada En Nik Amran bin Nik Mustafa yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG yang baru bagi penggal 2015-2017 menggantikan En Zamri bin Abd Wahab dan Pn Rosziah binti Ali sebagai Naib Yang Dipertua yang baru. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada En Zamri bin Abd Wahab di atas segala jasa dan baktinya dengan penuh komitmen sebagai Yang Dipertua PIBG dan barisan AJK nya selama 2 penggal di SK Tasek Utara. 



Sebelum majlis bersurai, telah diadakan acara cabutan bertuah kepada para hadirin. Tahniah kepada mereka yang bertuah. Semoga kerjasama antara guru dan ibu bapa ini dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid demi mencapai kecemerlangan sekolah.









No comments:

Post a Comment