running text

SK Tasek Utara Johor Bahru, Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor. Tel : 07-2365636 Faks : 07-2363858


Pengikut Blog

31 January 2015

PROGRAM PERMUAFAKATAN TAHUN 6 2015

Satu program permuafakatan bersama ibu bapa murid Tahun 6 telah diadakan pada hari Sabtu, 31 Januari 2015. Program ini bertujuan untuk memastikan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah sentiasa berterusan dan harmonis dan memastikan penyaluran maklumat kepada ibu bapa berhubung dengan prestasi murid Tahun 6 berjalan lancar.

Selain itu, satu  slot ceramah motivasi juga telah disampaikan oleh Ustaz Zulrahim Alhanani iaitu Bekas Penolong Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Johor .






Tayangan slaid video 

Penceramah Ustaz Zulrahim Alhanani





Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pedagogi Abad ke-21

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dijalankan di Dewan Sri Kencana pada 29 Januari 2015 pada jam 2.00 hingga 4.00 petang. LDP ini telah disampaikan oleh empat orang pegawai SISC dari PPD Johor Bahru.

Pembentangan kumpulan










Aktiviti PdP menggunakan payung dan nota kecil


Contoh aktiviti PdP Pedagogi Abad ke-21


Penyampaian cenderahati kepada penceramah


20 January 2015

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2015

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Tahun 2015 telah dijalankan pada hari Ahad 18 Januari 2015 bersama-sama dengan Perhimpunan Mingguan di Dewan Terbuka SK Tasek Utara Johor Bahru. Watikah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Hashim bin A. Rahman. Diharapkan barisan Pengawas Sekolah Tahun 2015 dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi dalam memartabatkan disiplin sekolah. Tahniah!








12 January 2015

Program Transisi Tahun 1 - Senamrobik

Program Transisi Tahun 1 Senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Anis dan juga Cikgu Nuziana telah diadakan di Dewan Sri Kencana SK Tasek Utara Johor Bahru bermula jam 7.30 pagi. Selain daripada menjadikan tubuh sihat, program ini juga dijalankan untuk murid-murid baru tahun 1 berasa seronok ke sekolah dan juga dapat mengenali persekitaran sekolah dan guru-guru di SK Tasek Utara.




Pemantauan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru

SK Tasek Utara hari ini telah menerima kunjungan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, iaitu Tuan Haji Shaharuddin bin Saari. Kedatangan beliau adalah untuk memantau persiapan sekolah dalam memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2015. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Shaharuddin bin Saari di atas kesudian Tuan untuk datang ke SK Tasek Utara.



11 January 2015

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2015

Suasana hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2015. Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar tahun 1 ke SK Tasek Utara Johor Bahru. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan anak mereka pada hari pertama persekolahan bagi tahun 2015.








08 January 2015

Bantuan Awal Persekolahan RM100

Sekitar suasana penyerahan Wang Bantuan Persekolahan RM100 yang telah diadakan di Dewan Seri Kencana SK Tasek Utara Johor Bahru bermula jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang. Diharapkan dengan wang bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam memulakan sesi persekolahan anak-anak bagi tahun 2015.






Aktiviti Bilik Pemulihan

Pada 7 Januari 2015, Bilik Pemulihan Khas SK Tasek Utara telah menerima kunjungan daripada guru-guru Pemulihan Khas Daerah Johor Bahru. Aktiviti ini dikendalikan oleh Guru Pemulihan Khas SK Tasek Utara, iaitu Pn Hjh. Jamilah binti Tumin. Tahniah diucapkan.