OBJEKTIF SEKOLAH
SK TASEK UTARA BERUPAYA
MENINGKATKAN TARAF PENCAPAIAN MURID DALAM
BIDANG AKADEMIK TERUTAMA DALAM UJIAN
PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH .
MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG YANG
BERAKHLAK MULIA, BERHEMAH TINGGI,
BERPOTENSI DAN MAMPU BERSAING.
MELAHIRKAN INDIVIDU YANG SENTIASA
MENGUTAMAKAN KECERGASAN DIRI SERTA
MENINGKATKAN KEBOLEHAN DALAM MENCAPAI
SESUATU KEJAYAAN.
SESUATU KEJAYAAN.
MATLAMAT SEKOLAH
MAMPU MELAHIRKAN 100% MURID MENGUASAI KEMAHIRAN 3M, BERAKHLAK MULIA DAN BERHEMAH SERTA BERUPAYA MENGHARUNGI PERSAINGAN SIHAT DALAM MEMBINA HUBUNGAN BAIK DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH DAN MASYARAKAT.
_________________________________________________
VISI SEKOLAH
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MISI SEKOLAH
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
_________________________________________________
LOGO SEKOLAH
WARNA KUNING : Melambangkan kemegahan sekolah yang hampir dengan Pejabat Pelajaran
Johor.
WARNA BIRU : Niat suci melahirkan warga sekolah bagi memenuhi keperluan jasmani dan
emosi.
WARNA MERAH : Batasan peraturan sekolah yang patut dipatuhi oleh semua warga sekolah.
GELUNG BULAT : Semangat bekerjasama, diamalkan bersama.
JALUR BIRU : Bersedia menghadapi rintangan dan halangan.
BUKU MERAH : Matlamat untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbaik dalam akademik
BUSUR PANAH : Azam dan kesungguhan untuk mengejar cita-cita
CEMERLANG : Cemerlang dari segi akademik dan sukan.
GEMILANG : Gemilang dari segi akhlak dan budi
TERBILANG : Terbilang dari segi perjuangan untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Hasil Karya En. Md Fadzil Bin Molah
BENDERA SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
CINTAILAH SEKOLAH KITA
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA
CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG
TERAS HIDUP KAMI SEMUA
HAWANYA NYAMAN TERASA
BERBAGAI ILMU MUDAH DITIMBA
TAAT TEGUH DAN TEKUN
TERAS HIDUP KAMI SEMUA
* SEKOLAH TASEK UTARA
HORMATI GURU TERCINTA
JASAMU TIDAK KULUPA
TETAP BERSEMADI DI DALAM JIWA
ULANG KORUS *
DI SINI TETAP SETIA
TEGUH ILMU DI DADA
TEKUN BERLARI MENGEJAR CITA
HARUM NAMAMU TASEK UTARA. (2X)
Hasil Ilham Pn Hanita Bt Kamarul Arif
_________________________________________________
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Tasek Utara dibina di atas tapak sebahagian Lot TLO 7904, Jalan Larkin, Johor Bahru. Keluasan projek bangunan sekolah ini dianggarkan sekitar 2 hingga 4 hektar.
Tarikh pemilikan tapak bangunan dan projek keseluruhan sekolah ini telah diluluskan pada 7 September 2000. Kerja-kerja pembinaan mula dijalankan sebulan dari tarikh itu dan projek ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh masa 24 bulan (2 tahun).
Nilai kontrak keseluruhannya ialah RM 9.5 juta. Projek ini dibina secara rundingan terus “Design and Build”. Malangnya atas sebab-sebab tertentu pembinaan projek ini terlewat dari jadual.
Penyerahan rasmi projek sekolah ini hanya dapat dilakukan setelah semua kerja-kerja berkaitan dengannya dapat disiapkan iaitu pada tarikh 15 Oktober 2003 (Rabu) jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Tasek Utara.
Majlis Pengoperasian Sekolah telah disempurnakan oleh Tuan Hj. A.Hamid bin Abu Hassan, wakil rasmi Jabatan Pelajaran Johor, Pn Hj. Satia bt Kasim, Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, En Annuar bin Buran, Guru Penyeleras Sekolah ini dan En Ibrahim bin Ali selaku Guru Besar pertama . Bermulalah era dalam alam pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tasek Utara ini.
Sekolah ini mengandungi blok pentadbiran, blok akademik, kantin, padang, pondok pengawal dan beberapa kemudahan lain.
Pada 14 April 2005, satu pertukaran Guru Besar telah berlaku di mana En Ibrahim bin Ali, Guru Besar asal telah bertukar ke SK Taman Bukit Kempas, Johor Bahru dan digantikan oleh Pn. Hjh. Tuan Rafingah bt Tuan Soh dari SK Taman Universiti 4, Johor Bahru.
Namun pada 2008 tampuk pentadbiran sekolah telah bertukar lagi, dan digantikan oleh Tuan Hj Arbakem bin Haron. Pada 12 Julai 2010, Pn Hjh Badariah bt Ab Hamid menggantikan Tuan Hj Arbakem sebagai guru besar SK Tasek Utara sehingga 22 November 2011. Kini SK Tasek Utara di bawah pimpinan Hj Hashim Bin A Rahman .
Semasa sekolah ini dibuka pada tahun 2004, bilangan guru ialah 8 orang, 3 orang Guru Penolong Kanan dan 2 orang kakitangan sokongan, seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu am. Jumlah murid lebih kurang 184 orang.
Pada tahun 2005 tambahan 6 orang guru lagi menjadikan jumlah 14 orang. Menjelang tahun 2011, bilangan guru bertambah kepada 41 orang, kakitangan pula seramai 2 orang iaitu seorang pembantu tadbir dan ketua pembantu tadbir. Jumlah murid meningkat kepada 596 orang dan akan meningkat dari tahun ke tahun.
_________________________________________________